Sunday 22 January 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Penubuhan Persatuan

Assalamualaikum
Satu mesyuarat  jawatankuasa penaja penubuhan Persatuan Pemeriksa dan Penyelia Bangunan Malaysia telah diadakan secara ringkas sebagaimana berikut :-


Venue       : Anugerah Kafe, Bandar Baru Bangi
Tarikh       : 20/01/2012
Masa        : 1800hr - 1900hr
Kehadiran : 1.Wan Hisham
                       2.Tuan Harif
                       3.Nasruddin
                       4.M.Bazli Saidi (Bart)


Sdr wan Hisham, Sdr. Bart dan Sdr Nasruddin

Sdr Tuan Harif, Sdr. wan Hisham dan Sdr Bart

AGENDA MESYUARAT:

1.0     PENUBUHAN PERSATUAN

Satu pertubuhan atau persatuan bagi memperjuangkan kebajikan golongan pekerja clerk of works      khususnya dan golongan2 pemeriksa dan penyelia bangunan yang lain perlu ditubuhkan untuk memberi manafaat jangka panjang kepada golongan ini. Oleh itu, langkah2 pro-aktif ke arah penubuhan persatuan ini telah diambil dengan mengadakan mesyuarat jaawatankuasa penaja ini.

Mesyuarat j/k penaja juga bersetuju untuk :-

1.1     Membuka peluang kepada semua ahli Kelab Clerk Of Work yang berdaftar di Facebook untuk memberikan nama yang sesuai kepada persatuan/pertubuhan ini. Perkara ini akan diwar2kan di dalam facebook.

1.2     Membuka keahlian persatuan ini kepada semua golongan pekerja industri binaan yang terlibat dari peringkat Resident Engeneer/Architect/ID sehingga ke peringkat Penyelia samada dari pihak konsultan atau pihak kontraktor.

2.0     PERLANTIKAN JAWATANKUASA PENAJA PENUBUHAN PERSATUAN


Mesyuarat hari ini juga telah membuat perlantikan jawatankuasa penaja sebagaimana berikut :-

          Yang di Pertua         :  Sdr Wan Hisham
          Naib Yang di Pertua :  Sdr Bart
          Setiausaha                :  Sdr Nasruddin
          Pen. S/usaha             : Sdr Tuan Harif

3.0     MESYUARAT AGONG PENUBUHAN PERSATUAN  


Satu mesyuarat agong bagi penubuhan persatuan ini akan diadakan sebagaimana berikut:


            TARIKH                 : 12/02/2012
            TEMPAT                : KOPI KAWAN, Sek. 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi
            MASA                     : 10am - 12am

4.0     LAIN-LAIN HAL

Perincian tentang matlamat dan halatuju persatuan akan dibentangkan semasa mesyuarat agong kelak. Namun begitu, dari masa ke semasa sebarang maklumat atau perkembangan akan dimaklumkan kepada ahli melalui facebook dan blog ini.

Semua clerk of work, RE/RA dan penyelia dialu2kan untuk menjadi ahli persatuan. Pendaftaran keaahlian boleh dibuat secara online melalui laman facebook kelab.

Mesyuarat jawatankuasa penaja ini telah ditangguhkan pada jam 7.00 petang.
p/s : TQ Bart kerana sponsor minum ptg.


Laporan disediakan oleh
Setiausaha